Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dinsman pencetus adaptasi filem ke teater?

DALAM buku Kritikan Filem Mansor Bin Puteh, beliau bukan setakat menulis artikel dan kritikan filem sahaja. Bab 24 dalam buku itu, beliau menulis tentang persembahan teater yang diadaptasi daripada filem Esok Untuk Siapa? arahan Jins Shamsudin. Filem terbitan 1982 oleh ISE Film Productions ini melakukan keseluruhan penggambaran di Kelantan. Dibintangi antaranya Jins Shamsudin, Noor Kumalasari dan Latif Ibrahim (arwah). Jika tidak silap aku, pertama kali M Rajoli (arwah) muncul di layar besar lebar melalui filem ini. Filem Melayu pertama memuatkan babak bacaan talkin dalam bentuk teks sepenuh dan selengkapnya. Di bab 12, bertajuk Esok Untuk Siapa: Bukan untuk filem jenis melodrama tulen. Menurut Mansor, terlalu banyak isu ingin diceritakan dan diangkat Jins lewat filem ke-4 arahannya dengan menggunakan perkataan ‘esok’ sebagai tajuk. Bermula filem Menanti Hari Esok (1977), Tiada Esok Bagimu (1979) dan Esok Masih Ada (1980). Inilah kritikan Mansor tentang filem Esok ...

Dicabar bertumbuk kerana kritikan filem

MINGGU lalu aku menulis bidang kritikan filem dalam filem Melayu era 80-an sehingga awal 90-an. Salah seorang tokoh pengkritik filem paling menonjol ketika itu Mansor Puteh. Beliau dikenali dengan kelantangan dan sikap berterus-terang ketika menulis kritikan sesebuah filem Melayu yang dihasilkan ketika itu. Aku nyatakan minggu lalu, kebanyakan pembikin dan pengarah filem ketika itu secara tidak resmi menganggap Mansor bagaikan ‘musuh’. Hanya kerana kritikan pedas dan berilmu beliau sering tidak selari dengan cita rasa dan kemahuan kebanyakan produser dan pengarah filem ketika itu. Himpunan artikel dan kritikan Mansor telah dibukukan dengan tajuk – Kritikan Filem Mansor Bin Puteh pada 1995. Selepas 20 tahun aku berpeluang membaca semula buku himpunan kritikan Mansor ini, aku ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca dan peminat, penggiat filem generasi sekarang. Pengalaman aku lalui dalam konteks dan berhubung kait bidang kritikan filem dengan perkembangan ...

Kritikan filem 80-an berlandas ilmu?

LAMA aku mencari buku ini kerana naskhah kepunyaanku lesap sejak lewat 90-an. Mungkin aku tersilap letak atau hilang ketika berpindah rumah. Mungkin juga ada rakan meminjam tetapi terlupa hendak pulangkan semula atau sahaja hendak buat harta sendiri. Minggu lalu, aku jumpa semula buku ini yang merupakan kepunyaan peribadi seorang rakanku. Buku yang aku maksudkan ialah Kritikan Filem Mansor bin Puteh – terbitan 1995. Buku ini menghimpunkan artikel kritikan filem dan drama televisyen ditulis oleh Mansor Puteh sejak awal 80-an sehingga pertengahan 80-an. Beliau menulis kritikan filem ini sebaik kembali ke tanah air daripada menuntut dalam bidang perfileman di Columbia University, New York pada awal 1981. Kebanyakan artikel kritikan filem beliau ini tersiar di akhbar Berita Minggu dan Utusan Malaysia ketika itu. Bila aku baca semula buku ini selepas 20 tahun diterbitkan, aku makin berupaya melihat kritikan dan artikel nukilan Mansor ini dengan perspektif lebih luas dan terbuka...

Pengarahan konvensional & video bantu

SENI filem dan pembikinan filem tidak dinafikan merupakan the highest form of art – kerja seni bertaraf paling tinggi. Filem adalah kombinasi seni dan sains yang melibatkan pelaburan dana. Jumlah dana boleh sahaja dalam nilai paling asas atau sehingga mencapai nilai jutaan dan bilion untuk menghasilkan kerja seni bernama filem. Sepanjang minggu lalu, aku terlibat dengan tugasan pos produksi untuk menghasilkan satu promo pendek sebuah filem. Tugasan ini memerlukan aku terlibat dan memantau proses color grading – penggredan warna. Penggredan warna ini dilakukan setelah promo pendek filem tersebut siap di sunting. Apa aku ingin nukilkan bukan bagaimana proses penggredan warna dilakukan. Aku ingin menulis kesempatan aku bertemu dan berinteraksi dengan pembikin filem muda ketika melakukan proses tersebut. Topik perbualan kami ini yang ingin aku kongsikan dengan pembaca kolumku minggu ini. Beberapa minggu sebelum ini aku bertemu dan bertugas bersama sekelompok pembik...

KSJ, siapa bakal produsernya?

SELEPAS pertemuan pada petang 1 Jun 1984 bersamaan 2 Ramadan 1404 itu, aku seperti tidak percaya M Nasir mahu aku terlibat dalam projek filemnya. Aku dipertanggungjawabkan menulis lakon layar dan seterusnya mengarah filem pertama lakonan M Nasir. Sejujurnya aku masih sukar untuk percaya telah bertemu dengan M Nasir beberapa jam sebelum ini. Bukan kerana rasa kagum terhadap seorang penyanyi popular sudi datang ke rumahku tetapi lebih kepada tawaran beliau kemukakan kepadaku – mengarah filem berjudul Kembara Seniman Jalanan (KSJ). Biar betul? Aku seperti tidak percaya aku ditawarkan peluang mengarah filem pertamaku. Filem ini juga mencatatkan sejarah kemunculan pertama M Nasir dalam filem. Macam-macam fikiran, soal jawab bermain di mindaku sambil menunggu waktu berbuka senja itu. Apakah aku sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab seorang pengarah filem? Ini bukan projek bernilai seribu atau dua tiga ribu ringgit. Kos untuk menghasilkan sesebuah filem era 80-a...

KSJ bermula pada bulan Ramadan

Beberapa minggu kebelakangan ini aku berpeluang bekerjasama dengan beberapa filmmaker dan pengarah filem generasi baharu. Pertemuan tidak dirancang ini berlaku atas urusan kerja. Kesempatan ini juga membolehkan aku mengenali lebih dekat pembikin, penggiat filem generasi muda kita. Aku sebenar sangat teruja. Aku bagaikan mendapat suntikan tenaga dan semangat baharu bila berpeluang berinteraksi sambil bertugas dengan anak-anak muda ini untuk penggambaran menyiapkan satu projek promosi untuk sebuah filem. Lewat sesi tugasan dan pertemuan tersebut aku berkesempatan menyelami pemikiran dan pandangan sinematik pembikin dan penggiat filem generasi baharu ini. Aku dapati kelompok ini khususnya, pandangan mereka lebih terurus dan jelas hala tujunya. Mereka ini rata-ratanya tahu dan pasti kenapa mereka memilih bidang perfileman sebagai kerjaya mereka. Ada misi dalam kerja karya dan perjuangan seni mereka. Aku tidak mahu menggunakan ‘input’ ini untuk menggambarkan senario kes...

Kembara Seniman Jalanan masih relevan?

Februari 2016, genaplah 30 tahun usia filem sulung arahanku, Kembara Seniman Jalanan (KSJ). Filem KSJ memperkenalkan M Nasir (Datuk) ke layar perak ini mula ditayangkan kepada umum pada 22 Februari 1986. Aku dapati filem KSJ masih mampu mencuri perhatian penggiat seni dan pihak berkuasa terlibat dengan seni hiburan tanah air sehingga sekarang. Awal tahun ini, filem KSJ mencetuskan isu penggunaan babak-babak filem tersebut oleh TPPA Malaysia untuk klip video kempen penerangan mereka lewat alam siber tanpa keizinan penerbit dan tuan punya hak ciptanya. Kekecohan isu ini berjaya diselesaikan dengan penarikan balik klip video tersebut oleh TPPA Malaysia daripada terus viral di internet. Kesimpulannya, filem sulung arahan dan lakon layar tulisanku berdasarkan skrip asal M Nasir ini masih relevan sehingga kini. Aku percaya kerelevanan filem KSJ kerana idea dan isu yang diangkat lewat naskhahnya – isu cetak rompak dan rasuah. Dua gejala perosak nombor wahid terhadap pembangunan buday...