Langkau ke kandungan utama

Catatan

Rasuah & politik dalam filem

AKU terbaca satu tulisan di internet oleh Hassan Muthalib, seorang penggiat, pengkaji dan pengkritik filem bertajuk Hypocrisy Abounds In Life and Cinema. Terjemahan ringkasnya - Hipokrasi Penuhi Kehidupan dan Filem. Menurut Hassan, tulisannya itu diinspirasikan oleh artikel tersiar dalam The Sun Daily. Artikel, Key Officials Fail The Test tulisan Citizen Nades dalam akhbar itu tertumpu kepada kes pegawai kerajaan berpangkat tinggi didakwa terbabit dalam kes rasuah RM100 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan. Seterusnya, artikel itu menyentuh mengenai kegagalan usaha dijalankan oleh jawatankuasa penyiasatan yang sering ditubuhkan untuk menyiasat bila berlaku kes-kes rasuah jutaan ringgit melibatkan pegawai-pegawai tinggi di agensi dan kementerian kerajaan. Seringnya, laporan siasatan akan senyap begitu sahaja tanpa dibentangkan hasilnya untuk pengetahuan umum. Hasil siasatan kebanyakan kes rasuah hilang ditelan masa. Semua lupa sehingga timbul kes baharu lebih menggemparkan....

Wayang pacak: Penerangan, rokok & MGR

AKU bertemu dengan rakan lama, di satu warung untuk bersarapan minggu lalu. Kami seronok bersembang kerana hampir 20 tahun tidak bertemu. Kami sempat bercerita tentang pengalaman dan kenangan zaman sekolah rendah kami. Rakan aku ini lebih seronok berbual tentang filem kerana beliau tahu aku terlibat dalam bidang filem. Beliau juga gemar menonton filem dan membaca kolumku ini. Rakanku ini seorang pesara kerajaan. Salah satu kenangan tidak dapat beliau lupa ialah menonton wayang pacak percuma di pekan kecil kami, Alor Gajah pada era awal 60-an. Tayangan filem wayang pacak percuma ini memang lazim ketika itu.  Rata-rata generasi lahir pada era 70-an, sekarang berusia bawah 45 tahun pastinya tidak tahu apa dan bagaimana rupanya wayang pacak ini. Tetapi aku rasa, generasi yang sama tetapi membesar di Malaysia Timur dan di kebanyakan tanah rancangan Felda di Semenanjung Malaysia masih berpeluang menonton wayang pacak ketika mereka membesar. Pada era 70-an liputan siaran ...

'Slank, nggak ada matinya', kreativiti dan moral?

FILEM 'Slank, nggak ada matinya’, arahan Fajar Bustami adalah filem muzikal Indonesia ditayangkan pada penghujung 2014. Aku hanya berpeluang menonton filem ini lewat DVD dipinjamkan oleh seorang rakan. Rakanku memperoleh DVD ini ketika beliau bercuti di Bandung awal bulan lalu. Rakanku ini memang tahu dalam senarai penyanyi dan grup rock aku dengar dan minati, salah satunya ialah kumpulan Slank daripada Indonesia. Apa menariknya filem tentang kumpulan pemuzik hard rock dan blues bernama Slank ini? Sebelum aku meneruskan coretan tentang filem Slank, nggak ada matinya ini, rasanya lebih baik aku berikan latar belakang kumpulan rock paling top bertaraf legandaris dengan menerima bayaran paling mahal untuk setiap konsert mereka di Indonesia. Ditubuhkan pada 1983 oleh Bimo Setiawan Almachzumi (Bimbim) merangkap pemain dram. Sehingga kini Slank telah melalui 14 kali pertukaran anggota. Kali terakhir ialah pada 1996. Barisan anggota yang kekal sehingga kini terdiri daripada B...

Panggung wayang gambar atau cineplex?

ADA dua bahan tentang filem tempatan, aku terbaca sepanjang minggu lalu yang menarik perhatianku. Pertama, kejayaan filem Munafik arahan Syamsul Yusof, pengarah muda yang punya sentuhan emas. Hampir kesemua filem arahannya menjadi dan berjaya menghasilkan kutipan pecah panggung. Filem terbarunya ini telah berjaya mengutip RM17 juta setakat ini selepas 26 hari tayangan. Masih ditayangkan ketika artikel ini ditulis. Dalam masa sama aku terbaca juga lewat internet luahan rasa Shuhaimi Zulkefli, seorang penggiat dan pembikin filem generasi terkini. Beliau tidak senang dengan keadaan industri filem tanah air mutakhir ini. Tulisannya – Kenapa Filem Kita Tak Mampu Setaraf Filem Barat? boleh dilayari di internet. Anak muda ini mencatatkan tentang salah satu sebab kenapa filem kita tidak mampu bersaing dan setaraf filem Hollywood mahupun Bollywood ialah faktor panggung atau pawagam. Menurut beliau, di Amerika mempunyai 40,000 panggung wayang dan 14,000 panggung di India. Di Malaysi...

Dinsman pencetus adaptasi filem ke teater?

DALAM buku Kritikan Filem Mansor Bin Puteh, beliau bukan setakat menulis artikel dan kritikan filem sahaja. Bab 24 dalam buku itu, beliau menulis tentang persembahan teater yang diadaptasi daripada filem Esok Untuk Siapa? arahan Jins Shamsudin. Filem terbitan 1982 oleh ISE Film Productions ini melakukan keseluruhan penggambaran di Kelantan. Dibintangi antaranya Jins Shamsudin, Noor Kumalasari dan Latif Ibrahim (arwah). Jika tidak silap aku, pertama kali M Rajoli (arwah) muncul di layar besar lebar melalui filem ini. Filem Melayu pertama memuatkan babak bacaan talkin dalam bentuk teks sepenuh dan selengkapnya. Di bab 12, bertajuk Esok Untuk Siapa: Bukan untuk filem jenis melodrama tulen. Menurut Mansor, terlalu banyak isu ingin diceritakan dan diangkat Jins lewat filem ke-4 arahannya dengan menggunakan perkataan ‘esok’ sebagai tajuk. Bermula filem Menanti Hari Esok (1977), Tiada Esok Bagimu (1979) dan Esok Masih Ada (1980). Inilah kritikan Mansor tentang filem Esok ...

Dicabar bertumbuk kerana kritikan filem

MINGGU lalu aku menulis bidang kritikan filem dalam filem Melayu era 80-an sehingga awal 90-an. Salah seorang tokoh pengkritik filem paling menonjol ketika itu Mansor Puteh. Beliau dikenali dengan kelantangan dan sikap berterus-terang ketika menulis kritikan sesebuah filem Melayu yang dihasilkan ketika itu. Aku nyatakan minggu lalu, kebanyakan pembikin dan pengarah filem ketika itu secara tidak resmi menganggap Mansor bagaikan ‘musuh’. Hanya kerana kritikan pedas dan berilmu beliau sering tidak selari dengan cita rasa dan kemahuan kebanyakan produser dan pengarah filem ketika itu. Himpunan artikel dan kritikan Mansor telah dibukukan dengan tajuk – Kritikan Filem Mansor Bin Puteh pada 1995. Selepas 20 tahun aku berpeluang membaca semula buku himpunan kritikan Mansor ini, aku ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca dan peminat, penggiat filem generasi sekarang. Pengalaman aku lalui dalam konteks dan berhubung kait bidang kritikan filem dengan perkembangan ...

Kritikan filem 80-an berlandas ilmu?

LAMA aku mencari buku ini kerana naskhah kepunyaanku lesap sejak lewat 90-an. Mungkin aku tersilap letak atau hilang ketika berpindah rumah. Mungkin juga ada rakan meminjam tetapi terlupa hendak pulangkan semula atau sahaja hendak buat harta sendiri. Minggu lalu, aku jumpa semula buku ini yang merupakan kepunyaan peribadi seorang rakanku. Buku yang aku maksudkan ialah Kritikan Filem Mansor bin Puteh – terbitan 1995. Buku ini menghimpunkan artikel kritikan filem dan drama televisyen ditulis oleh Mansor Puteh sejak awal 80-an sehingga pertengahan 80-an. Beliau menulis kritikan filem ini sebaik kembali ke tanah air daripada menuntut dalam bidang perfileman di Columbia University, New York pada awal 1981. Kebanyakan artikel kritikan filem beliau ini tersiar di akhbar Berita Minggu dan Utusan Malaysia ketika itu. Bila aku baca semula buku ini selepas 20 tahun diterbitkan, aku makin berupaya melihat kritikan dan artikel nukilan Mansor ini dengan perspektif lebih luas dan terbuka...