Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dr Anuar dan akademi filem

AKADEMI Seni Filem Malaysia ditubuhkan pada 1989. Berlokasi di kompleks Finas, Hulu Kelang. Akademi Seni Filem Malaysia hanya mampu bertahan selama 16 tahun dan seterusnya digabungkan dengan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara) pada 2005 sehingga sekarang. Usaha untuk menubuhkan akademi filem Malaysia pertama ini sudah bermula sejak 1987. Allahyarham Dr Anuar Nor Arai merupakan salah seorang tenaga penting terawal yang secara agresif menggerakkan usaha ini. Ketika Simposium Pesta Filem Malaysia Ke-7 diadakan di Hotel Ramada Rennaissance, Melaka pada Disember 1987, Dr Anuar amat lantang dengan nada kritis menyentuh dan mendesak supaya Finas yang dikepalai oleh Zain Hamzah (Datuk) ketika itu bertindak lebih agresif bagi merealisasikan penubuhan sebuah akademi filem demi kemajuan masa depan industri filem negara. Melalui catatan kertas bahas yang dibentangkan Dr Anuar, mari kita lihat sejarah wujudnya Akademi Seni Filem Malaysia, dikenali dan diingati juga sebagai Akademi Filem Malaysi...

Filem mengalir dalam darah: Dr Anuar

AKU mengulang baca kertas bahas Dr Anuar Noor Arai beberapa kali lagi. Aku dapati ada lagi perkara yang aku rasa perlu dikongsi dengan penggiat filem baik yang lama mahupun baharu apatah lagi pelajar filem sekarang. Dr Anuar, dalam kertas bahasnya memperkatakan tentang perkembangan terbaharu yang berlaku dalam industri filem Brazil sejak 1980 sehingga ketika itu – 1987. Beliau mencatatkan – Di Brazil yang berlaku sekarang lebih hebat daripada Korea. Orang-orang Brazil lain sikit cara bekerjanya. Agresif. Tak ada main-main. Gila-gila tapi caranya betul. Gila seronok, gila seronok juga. Tidak porak-peranda. Jadi aje. Macam mana dia orang bekerja? Dia orang ada badan – susah nak sebut – namanya Empresa Brazileira de Filmes S.A. Singkatnya Embrafilme. Sebuah agensi kerajaan juga. Menurut Dr Anuar, agensi ini telah berjaya membantu pembikin-pembikin filem Brazil menghasilkan filem-filem yang memenangi banyak anugerah di festival-festival filem di peringkat antarabangsa. Dr Anuar ...

Filem Malaysia, filem Korea

KITA teruskan menelaah kertas perbahasan Allahyarham Dr Anuar Nor Arai minggu ini. Melalui kertas bahas itu, aku lihat banyak masalah industri filem Malaysia sekarang yang masih belum selesai walaupun beliau telah memberi saranan 28 tahun yang lalu. Di simposium berlangsung pada 5 Disember, 1987 itu, Dr Anuar seterusnya menjelaskan bagaimana penghasilan filem dan televisyen Korea yang seiring dan sama naiknya. Mereka saling berganding menghasilkan produk-produk untuk memajukan industri filem negara mereka. Dr Anuar mencatatkan – Satu contoh dipanggil Panggung Sastera – telah menghasilkan 266 tajuk drama – semuanya adaptasi novel Korea dari tahun 1980 hingga 1987 – berbentuk feature, panjangnya antara 90 minit dan 120 minit. Siapa punya kerja ni? Hairan ya. Tak cukup lagi tu – ada pulak yang dipanggil Calendar Drama, 60 minit, 90 minit dan 120 minit. Banyak, tahun 1986 aja berjumlah 25 buah. Ada lagi dipanggil Drama Remaja. Ada lagi dipanggil Opera. Ada lagi dipanggil Drama Mu...

Kertas bahas berusia 28 tahun

ALLAHYARHAM Dr Anuar Nor Arai pernah membentangkan sebuah kertas bahas yang menarik bertajuk – Ke Arah Peningkatan Mutu Industri Filem Malaysia di Hotel Ramada Rennaissance, Melaka sempena Simposium Pesta Filem Malaysia ke-7 pada 5 Disember 1987. Kenapa kertas perbahasan Allahyarham Dr Anuar ini menarik untuk diulang kaji dan dibaca renungkan semula? Apakah masih relevan isu-isu yang ditimbulkan oleh beliau melalui kertas perbahasan ini selepas 28 tahun berlalu? Adakah perubahan-perubahan dan idea-idea yang dicadangkan oleh Dr Anuar telah menjadi kenyataan dan berjaya direalisasikan oleh pihak-pihak yang sepatutnya? Kertas bahas itu membentangkan pendapat, pandangan dan cadangan daripada seorang ilmuwan yang pakar dalam bidang perfileman. Seorang pencinta filem yang mahukan mereka dan pihak-pihak yang bertanggungjawab mengenai industri filem supaya berani mencuba pendekatan baharu untuk meningkatkan mutu industri filem tanah air. Dengan meningkatnya mutu pengendalian, pendekata...

Dr Anuar & Johnny bikin filem

BARU-baru ini, aku telah menyelongkar beberapa kotak yang mengandungi keratan-keratan akhbar lama dalam simpanan aku. Sememang tabiat dan hobi aku yang gemar menyimpan bahan-bahan berita mengenai seni dan hiburan tanah air dalam bentuk keratan-keratan akhbar. Ada juga majalah-majalah filem dan hiburan lama aku simpan. Selain bahan-bahan ini aku juga mengumpul kertas-kertas pembentangan dan perbahasan seminar, forum dan simposium berkaitan dengan seni hiburan tanah air, terutamanya filem. Dalam aku menyelongkar bahan-bahan lama itu, aku terjumpa semula satu kertas perbahasan hasil daya fikir Allahyarham Dr Anuar Nor Arai berjudul Ke Arah Peningkatan Mutu Industri Filem Malaysia yang dibentangkan Allahyarham Dr Anuar di Hotel Ramada Rennaissance, Melaka sempena Simposium Pesta Filem Malaysia ke-7 pada 5 Disember 1987. Pesta Filem Malaysia ke-7 (PFM7) yang julung-julung kalinya diadakan di negeri kelahiran aku mencatatkan sejarah peribadi tersendiri buat diri aku. Dalam PFM7 itu ...

Ada magis di sebalik Funfair

BANYAK perkara menarik dan di luar jangkaan aku alami ketika mengarah drama Funfair terbitan 1990 ini. Minggu lalu, aku catatkan ketika aku menulis skrip drama ini, aku tidak memikirkan sama ada pasukan produksi boleh mendapatkan atau tidak lokasi utama iaitu sebuah funfair untuk drama ini. Keutamaan aku hanya satu sahaja - idea dan cerita drama ini perlu berjaya divisualkan. Pasukan produksi mesti memastikan mereka berjaya mendapatkan funfair yang benar-benar wujud. Jika usaha ini gagal maka pembinaan satu set funfair terpaksa dipertimbangkan. Ini akan melibatkan bajet lebih besar. Tiada pilihan lain. Ada beberapa insiden tidak aku jangka berlaku ketika penggambaran drama ini. Di peringkat pra-produksi, pengurus produksi ditugaskan untuk mencari satu tapak funfair di kawasan di sekitar Kuala Lumpur yang bersuasana kampung seperti aku bayangkan - kampung berlatar belakangkan bukit bukau, hutan dan gunung. Pengurus produksi aku gagal menjumpai lokasi seperti digambarkan dalam sk...

Funfair bertema hari raya

SATU  lagi drama tulisan dan arahan aku paling meninggalkan kesan kepada aku ialah Funfair. Drama ini ditayangkan di slot cerekarama TV3 bersempena Hari Raya Aidilfitri, 1990. Bila aku mendapat tawaran untuk menulis skrip bertemakan Hari Raya, aku memikirkan bagaimana menghasilkan skrip tidak membawa persoalan-persoalan biasa dan klise. Untuk menulis skrip Funfair ini, aku bereksperimen dengan mengangkat isu-isu semasa tempatan dan dunia lalu diadun dengan tema dan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu aku amat tertarik membaca dan menonton filem-filem barat seperti filem Salvador (1986) arahan Oliver Stone yang membawa isu-isu pergolakan politik di negara-negara Amerika Latin Tengah seperti di El Salvador dan Nicaragua. Di peringkat tempatan, aku tertarik dengan kes-kes kelahiran anak luar nikah dan isu-isu politik semasa. Aku cuma mengambil isu-isu ini sebagai bahan untuk Funfair. Di zaman sekolah rendah dan menengah, aku memang suka funfair di pekan ...