Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bagaimana filem Hussein jika ada drone?

ADA dalam kalangan rakan-rakanku sejak dahulu mengetahui aku sangat meminati hasil kerja Allahyarham Hussein Haniff menghubungi aku selepas membaca tulisan aku mengenai pengarah yang under rated ini. Paling menarik ada seorang daripada mereka mengingatkan aku supaya jangan lupa menulis tentang kes Hussein menampar seorang wartawan hiburan kerana menulis gosip tentang hubungan Hussein dengan Fatimah Ahmad, heroin filem kedua arahannya, Dang Anum (1962). Aku cuma tersenyum membaca SMSnya itu. Sememangnya ramai di antara pembikin filem dan wartawan hiburan era 60an yang berpusat di Singapura ketika itu tahu tentang isu panas antara Hussein dengan wartawan tersebut. Aku tidak mahu menyebut nama wartawan tersebut kerana beliau sudah meninggal dunia pada 2011. Mungkin aku akan sentuh kes dan gosip sensasi Hussein ini di kesempatan lain. Minggu ini aku ingin menyambung tentang cara kerja dan sikap rebel with a cause Hussein dalam menghasilkan filem-filemnya. Menurut Yunos Alwi, bekas...

Hussein Haniff pengarah yang dilupakan

SEJAK  dua minggu lalu aku menulis mengenai pengarah filem Allahyarham Hussein Haniff berdasarkan informasi pengalaman peribadi Yunos Alwi. Beliau merupakan seorang daripada pemilik syarikat filem iklan PROFILM pada akhir 70-an sehingga awal 90-an. Sebelum syarikat filem Cathay Keris, Singapura ditutup pada 1973, Yunos berhijrah ke Kuala Lumpur dan terlibat dalam pembikinan filem-filem iklan. Aku perhatikan filem-filem arahan Hussein kurang diberi perhatian oleh penonton, peminat dan kebanyakan generasi muda Malaysia amnya dan Melayu khususnya. Pihak berwajib dan media dalam perkembangan filem Melayu dan Malaysia, kurang memainkan peranan menonjolkan filem arahan pengarah seperti Hussein Haniff, M Amin, Mat Sentol dan Nordin Ahmad daripada studio Cathay Keris. Begitu juga karya pengarah Melayu daripada studio Malay Film Productions, Jalan Ampas seperti Jamil Sulong, Omar Rojik dan S Kadarisman. Aku lihat keadaan sekarang tidak ada keseimbangan dalam menghargai sumbangan ha...

Hussein Haniff filmmaker tulen?

BILA menyebut dan berfikir tentang Allahyarham Hussein Haniff, aku pasti teringat tulisan Allahyarham Dr Anuar Nor Arai dalam kertas bahasnya tentang perbandingan antara pengarah Hussein Haniff dengan P Ramlee. Menurut Dr Anuar - "Kita la ni di Malaysia kalau I katakan Hussin Haniff dalam banyak filem lebih baik daripada P Ramlee. Siapa nak setuju?" Dalam melontar pandangan dan pendapat menongkah arusnya, Dr Anuar menganggap Hussein lebih memenuhi kriteria filmmaker atau pembikin filem berbanding P Ramlee. Pada pandangan beliau, P Ramlee penghibur rakyat all rounder sedangkan Hussein lebih menumpukan kelebihan keupayaan berkaryanya khusus untuk filem, terutamanya dari aspek teknikal selain aspek penceritaan naratif. Hussein bukan pelakon, pemuzik, penyanyi, pelawak seperti P Ramlee. Hussein lebih terarah untuk menjadi seorang filmmaker tulen. Lebih-lebih lagi Hussein bermula sebagai penyunting filem dan bukan sebagai pelakon. Aku boleh bersetuju dengan Dr Anuar berdasa...

Hussein Haniff dalam kelasnya tersendiri

AKU  nyatakan minggu lalu – aku menonton filem Dua Pendekar (1964) arahan Hussein Haniff ketika berusia 10 tahun. Dalam keadaan naif tanpa sebarang pengetahuan dan ilmu filem tetapi filem tersebut berjaya memukau aku dengan visual-visual yang belum pernah aku lihat dalam filem-filem Melayu lain sebelumnya. Satu pengalaman unik pernah aku alami. Aku gagal mencari jawapan kenapa aku minat ‘gila’ dengan filem tersebut ketika itu.  Selepas hampir 20 tahun kemudian setelah aku mempelajari dan ada ilmu filem serta terlibat dalam industri filem baru aku bertemu jawapan kenapa dan bagaimana kelainan filem Dua Pendekar meninggalkan impak dan kesan mendalam kepada diriku sehingga Hussein menjadi inspirasiku untuk menjadi seorang pembikin filem atau filmmaker. Secara tidak rasmi aku mengenali siapa Allahyarham Hussein Haniff selepas hampir 12 tahun beliau meninggal dunia. Beliau meninggal dunia pada 1966 ketika baharu berusia 32 tahun akibat penyakit barah. ...

Filem-filem Cathay Keris & MFP – Apa bezanya?

TAHUN  1964 merupakan masa paling bermakna dalam proses permulaan aku mengenali apa itu filem. Berusia 10 tahun dan di darjah 4 ketika itu, aku menonton dua filem Melayu ketika menyambut hari raya. Aku bersama rakan-rakan sekampung telah berpeluang menonton filem Air Mata Duyung arahan M Amin dan dibintangi oleh Nordin Ahmad dan Suraya Harun semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketika menyambut Hari Raya Aidiladha pula kami menonton filem Dua Pendekar arahan Hussein Haniff. Watak hero diperankan oleh Yusof Latif sebagai Adam. Salleh Melan membotakkan kepalanya untuk memerankan watak jahat atau crook, Awang Lekiu. Sementara heroinnya, Roseyatimah sebagai Kenanga. Kedua filem ini aku tonton di panggung Cathay, Melaka. Moga rakaman pengalaman peribadi first hand yang aku pernah lalui ini boleh memberi sumbangan kecil membantu pelajar, pengkaji dan peminat filem Melayu dan Malaysia generasi sekarang serta akan datang untuk mengetahui secebis sejarah filem-filem Melayu e...

Aku graduan filem lulusan Cathay Melaka

PENGALAMAN  pertama kali menonton filem Chuchu Datok Merah arahan M Amin di panggung Cathay Melaka bersama arwah bapaku pada 1963, membuat aku mula menjadi pencandu wayang seawal usia 9 tahun. Tetapi peluang menonton wayang di panggung terhad buat diri aku yang masih bersekolah rendah dalam darjah tiga ketika itu. Ditambah lagi dengan jarak rumah dan kampung aku terletak jauh dari bandar Melaka. Boleh dikatakan hampir kesemua keluarga rakan sebaya di sekolah dan sekampung aku tidak meletakkan aktiviti menonton wayang di pawagam sebagai satu kegiatan sosial keluarga. Konsep ibu bapa meluangkan masa dengan anak-anak belum ada lagi dalam kamus kehidupan orang-orang Melayu di kampung dan di luar bandar ketika itu. Apatah lagi aku yang ketika itu duduk di bawah jagaan arwah datuk dan nenek sedangkan keluargaku bermastautin di Singapura kerana bapaku bekerja di sana.  Pada tahun akhir 50-an dan awal 60-an, orang Melayu masih dibelenggu kemiskinan. Pada 1963...

Cathay Melaka: Sekolah filem pertamaku

SEMALAM  berakhirlah Syawal, ini bererti tamatlah perayaan menyambut Aidilfitri selama sebulan menurut budaya dan kelaziman orang-orang Melayu – puasa sebulan, raya pun sebulan. Aku akan menyambung menulis kisah menyambut dan meraikan hari raya pada era 60-an walaupun hari ini kita sudah berada pada bulan Zulkaedah 1436. Aku ada mencatatkan sebelum ini, pada era 60-an walaupun aktiviti menonton filem di pawagam cuma mampu dilakukan dua kali setahun ketika Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha tetapi peluang terhad ini tanpa aku sedari menyemai suburkan minat aku kepada filem. Menyambut hari raya dengan ritual menonton wayang ini membuka ruang untuk aku mengenali nama pelakon-pelakon dan pengarah-pengarah filem Melayu ketika itu. Di antara nama pelakon hero filem Melayu yang aku mula kenali selain P Ramlee ialah Nordin Ahmad, Yusuf Latif, Jins Shamsuddin dan Aziz Jaafar. Sementara heroin-heroin filem Melayu yang aku berpeluang menonton filem-filem lakonan mereka di ant...