Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dulu funfair sekarang konsert

MINGGU ini sudah masuk yang ke empat aku menulis untuk kolum Lantera. Setakat ini banyak juga maklum balas aku dapat daripada kawan-kawan lama dan semasa. Daripada peminat-peminat lama dan baharu. Tidak sangka masih ada peminat yang mahu mengikuti perkembangan aku. Terima kasih. Alhamdulillah. Aku ada terjumpa seorang member lama yang sepatutnya sudah bersara, tapi kepakarannya masih diperlukan sebagai penasihat editorial. Kami tidak bertemu sudah hampir 25 tahun. Apa yang menarik hati aku ialah ungkapan pertamanya selepas kami bertanya khabar, bersalaman dan berpelukan ialah – “Sir, wartawan envelop (wartawan sampul surat) masih ada lagi!” Aku hanya mampu tersenyum walau dalam hati bertanya mengapa perangai negatif ini sukar dihapuskan? Apakah bangsa aku makin hilang daya kemampuan membezakan haram dan halal? Sendiri mahu ingatlah! Ada kawan-kawan beri semangat supaya menggunakan kolum ini untuk membersihkan nama aku yang tercalar selama hampir 30 tahun. Bersemangat k...

Suatu petang di pejabat FINAS

FESTIVAL Filem Malaysia ke-6 berlangsung pada 14 Disember 1986 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Salah satu dari filem-filem yang dipertandingkan ialah filem arahan aku, Kembara Seniman Jalanan (KSJ) terbitan ZSA Film Production Sdn Bhd. Kalau tidak silap aku filem KSJ dicalonkan untuk kesemua kategori. Filem yang dinobatkan filem terbaik tahun itu ialah filem Tsu Feh Sofiah arahan Rahim Razali. Ketika festival itu berlangsung, aku sedang mengarah filem kedua Rozana Cinta 87. Filem ini terbitan syarikat Amir Communication Sdn Bhd. Syarikat ini dipunyai oleh Allahyarham Harun Hassan (lebih mesra dengan panggilan Pak Harun), bekas wartawan dan penulis novel. Novel beliau berjudul Bukan Salah Ibu Mengandung pernah diadaptasikan oleh Jins Shamsuddin untuk filem arahan pertamanya tahun 1969. Pada malam penyampaian anugerah festival filem itu, ketua juri membuat pengumuman pada saat-saat akhir di atas pentas yang mengejutkan aku dan semua yang terlibat dala...

KSJ tutup peluang mengarah

MINGGU lalu aku ada berjanji untuk menceritakan kenapa aku sehingga sekarang hanya mampu mengarah dua fi lem sahaja iaitu Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Rozana Cinta 87 (1987). Cukuplah aku menceritakan secara jujur apa yang pernah aku alami selama ini. Aku bukan mahu menghukum atau membalas dendam. Aku hanya mahu menceritakan sejujur yang boleh tentang apa sebenarnya terjadi - the truth! Aku manusia yang berpegang pada prinsip berani kerana benar! Aku berpegang kuat dan yakin pada katakata novelis tersohor dunia, Ernest Hemingway – ‘Manusia berprinsip mungkin boleh dibinasakan tetapi tidak boleh dikalahkan!’ Hampir 30 tahun telah berlalu filem Kembara Seniman Jalanan (KSJ) ditayangkan. Filem inilah yang memperkenalkan M Nasir yang memainkan peranan watak utama Bujang dan Jebat. Filem ini jugalah yang menampilkan kumpulan rock Search buat pertama kalinya sebelum meletup dan menjadi ikon muzik rock Malaysia. KSJ membuka ruang untuk aku menjadi pengarah filem. Dalam masa s...

3 dekad karyawan 'rebel'

PERTAMANYA aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf dan sidang pengarang Sinar Harian kerana memberi aku peluang dan ruang untuk menulis dalam kolum/ruangan pojok Zass ini. Terima kasih banyak. Selepas temu ramah melalui telefon mengenai perkembangan terkini aku dalam bidang seni terutamanya dalam pengarahan filem tersiar dalam keluaran Sinar Harian bertarikh 10 Februari 2014, aku seperti dikejutkan dari tidur yang panjang. Tanpa aku sedari sudah hampir tiga dekad aku mengharungi dunia seni tanah air dalam kapasiti seorang karyawan filem – seorang pengarah filem dan seorang ‘film maker’. Kepada pembaca yang berumur bawah 40 tahun, mungkin ramai tidak mengenali siapa aku dan filem-filem serta kerjakerja seni yang pernah aku hasilkan. Bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas rasanya akan tahu dan sekurangkurangnya pernah mendengar kalau tidak berkesempatan menonton filem-filem yang pernah aku arahkan. Aku pasti ramai diantara golon...

Nasir Jani tidak pernah mengalah!

JIKA  diselak perjalanan seninya, mungkin ramai yang menarik nafas panjang kerana bukan mudah untuk ikon seni ini terus bertahan. Mula mencipta nama sebagai pengarah seni untuk filem, Mekanik pada 1983, langkah Nasir Jani turut disertai dengan kontroversi hebat. Terkenal dengan sikap lantangnya dalam menyelar kerajaan dan pimpinan ketika itu, Nasir pernah melalui episod duka termasuk dipenjarakan serta ditempatkan ke Tanjung Rambutan. Malah, rentetan daripada peristiwa itu, dia terpaksa melalui detik-detik sukar untuk bergerak dalam kerjaya seninya. Namun, ia adalah kisah satu ketika dahulu dan kini Nasir kembali bangkit dari ‘mimpi hitam’ itu secara berperingkat. Malah, ikon seni seangkatan dengan pelakon veteran hebat, Datuk Rahim Razali, ini bakal tampil dalam filem arahan ketiganya. Di kesempatan ini, Zass menyusun satu temu bual bersama pengarah filem, Kembara Seniman Jalanan dan Rozana 1987, ini dalam berkongsi cerita mengenai karya terbaharunya sert...