ADAKAH Datuk M Nasir, Ito dan Pyanhabib yang turut hadir dalam majlis sidang media pra pelancaran filem Tombiruo minggu lalu akan terlibat dalam filem ketiga bakal aku arahkan tidak lama lagi? Bermacam-macam spekulasi daripada peminat dan pembaca novel Ramlee Awang Murshid tentang kehadiran otai-otai ini terutamanya M Nasir. Ramai di antara mereka meramalkan watak Ejim aka Tombiruo bakal diperankan oleh M Nasir. Ini spekulasi pro dan kontra yang menarik dan segar. Aku rasa belum pernah sebelum ini peminat filem dan peminat serta pembaca novel meluahkan pendapat dan pandangan mereka tentang pemilihan pelakon bakal membintangi filem yang diadaptasi dari novel tulisan penulis kesukaan mereka. Partisipasi peminat dan pembaca novel-novel Ramlee sungguh luar biasa serta di luar jangkaan aku. Aku lihat keadaan ini menjustifikasikan kenapa Ramlee adalah novelis thriller no 1 Malaysia. Alhamdulillah. Suasana ini berlaku kerana dimungkinkan oleh ruang dan kesempatan unt...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.