DI antara pertengahan 1991 sehingga 1993, aku berhasil menulis skrip dan mengarahkan drama-drama berjudul Funfair, Joget, Tatoo, Runtuh dan Gigolo. Drama ini untuk siaran slot cerekarama di TV3. Rupanya catatan senarai tajuk-tajuk drama yang pernah aku arahkan pada awal 90-an dalam artikel minggu lalu menarik perhatian beberapa anak muda yang meminati bidang perfileman. Ada yang menghubungi dan meminta aku menulis dan menceritakan tentang kisah-kisah berlaku behind the camera atau kisah-kisah di belakang kamera ketika aku membuat penggambaran atau ketika aku menulis skrip drama-drama tersebut. Mereka beranggapan dengan judul-judul yang lain daripada kebiasaan mesti ada kisah dan cerita menarik di belakang tabir pada setiap pembikinan drama-drama tersebut. Mereka meminta aku menulis dan berkongsi pengalaman tentang hal-hal tersebut. Menarik juga cadangan ini bila aku fikirkan. Sememangnya selama ini aku banyak menulis tentang penglibatan dan pengalaman aku dalam penggambar...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.