Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ada magis di sebalik Funfair

BANYAK perkara menarik dan di luar jangkaan aku alami ketika mengarah drama Funfair terbitan 1990 ini. Minggu lalu, aku catatkan ketika aku menulis skrip drama ini, aku tidak memikirkan sama ada pasukan produksi boleh mendapatkan atau tidak lokasi utama iaitu sebuah funfair untuk drama ini. Keutamaan aku hanya satu sahaja - idea dan cerita drama ini perlu berjaya divisualkan. Pasukan produksi mesti memastikan mereka berjaya mendapatkan funfair yang benar-benar wujud. Jika usaha ini gagal maka pembinaan satu set funfair terpaksa dipertimbangkan. Ini akan melibatkan bajet lebih besar. Tiada pilihan lain. Ada beberapa insiden tidak aku jangka berlaku ketika penggambaran drama ini. Di peringkat pra-produksi, pengurus produksi ditugaskan untuk mencari satu tapak funfair di kawasan di sekitar Kuala Lumpur yang bersuasana kampung seperti aku bayangkan - kampung berlatar belakangkan bukit bukau, hutan dan gunung. Pengurus produksi aku gagal menjumpai lokasi seperti digambarkan dalam sk...

Funfair bertema hari raya

SATU  lagi drama tulisan dan arahan aku paling meninggalkan kesan kepada aku ialah Funfair. Drama ini ditayangkan di slot cerekarama TV3 bersempena Hari Raya Aidilfitri, 1990. Bila aku mendapat tawaran untuk menulis skrip bertemakan Hari Raya, aku memikirkan bagaimana menghasilkan skrip tidak membawa persoalan-persoalan biasa dan klise. Untuk menulis skrip Funfair ini, aku bereksperimen dengan mengangkat isu-isu semasa tempatan dan dunia lalu diadun dengan tema dan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu aku amat tertarik membaca dan menonton filem-filem barat seperti filem Salvador (1986) arahan Oliver Stone yang membawa isu-isu pergolakan politik di negara-negara Amerika Latin Tengah seperti di El Salvador dan Nicaragua. Di peringkat tempatan, aku tertarik dengan kes-kes kelahiran anak luar nikah dan isu-isu politik semasa. Aku cuma mengambil isu-isu ini sebagai bahan untuk Funfair. Di zaman sekolah rendah dan menengah, aku memang suka funfair di pekan ...

Peti televisyen jadi watak utama

DRAMA Runtuh hasil tulisan dan arahan aku ini, disiarkan di slot cerekarama TV3 pada 1994 merupakan karya terakhir aku disiarkan oleh televisyen tempatan. Selepas ini, banyak masa aku terlibat berkonflik dengan pihak berkuasa kerana aku tidak puas hati dengan layanan mereka terhadap diri aku sebagai karyawan. Menurut Hassan Abd Muthalib dalam bukunya, Malaysian Cinema In A Bottle - perbezaan pemikiran, fahaman dan perjuangan aku bersifat non conformist terhadap isu-isu dalam industri seni dan hiburan tanah air sehingga aku dianggap the enfant terrible of the industry.  Drama Runtuh mencatit banyak kenangan manis dan pahit kepada aku. Aku berpuas hati kerana segala penat lelah tanpa tidur yang cukup selama hampir lebih 10 hari kerana kegilaan aku merakam tanpa henti siaran lintas langsung sepanjang operasi mencari dan menyelamat tragedi keruntuhan Highland Towers, akhirnya membuahkan hasil. Jumlah bahan-bahan rakaman visual tragedi itu yang aku miliki dalam bentuk rakaman ...

Iktibar daripada lintas langsung

AKU  mendapat ilham menulis skrip drama telefilem Runtuh sebaik sahaja operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi keruntuhan Highland Towers secara rasminya ditamatkan pada 22 Disember 1993. Tragedi ini telah meragut 48 nyawa menurut angka rasminya. Aku merangka naratif drama ini dengan menggunakan tragedi keruntuhan Highland Towers sebagai metafora kepada keruntuhan nilai-nilai moral dan akhlak manusia terutamanya nilai-nilai moral orang-orang Melayu beragama Islam di Malaysia. Keruntuhan dan kebejatan akhlak berlaku tanpa disedari dan dipandang mudah oleh sebahagian lapisan masyarakat. Di awal 90-an, negara kita sedang mengalami pertumbuhan ekonomi hebat dan sungguh memberangsangkan. Moral dan akhlak cuma dipandang daripada panjang atau pendek rambut seseorang. Kenapa aku berpendapat begitu? Setahun sebelum peristiwa keruntuhan Highland Towers itu berlaku, negara digemparkan dengan tindakan menteri penerangan ketika itu. Beliau mengeluarkan arahan penyanyi-penyan...

Ilham daripada tragedi Highland Towers

DI  antara pertengahan 1991 sehingga 1993, aku berhasil menulis skrip dan mengarahkan drama-drama berjudul Funfair, Joget, Tatoo, Runtuh dan Gigolo. Drama ini untuk siaran slot cerekarama di TV3. Rupanya catatan senarai tajuk-tajuk drama yang pernah aku arahkan pada awal 90-an dalam artikel minggu lalu menarik perhatian beberapa anak muda yang meminati bidang perfileman. Ada yang menghubungi dan meminta aku menulis dan menceritakan tentang kisah-kisah berlaku behind the camera atau kisah-kisah di belakang kamera ketika aku membuat penggambaran atau ketika aku menulis skrip drama-drama tersebut. Mereka beranggapan dengan judul-judul yang lain daripada kebiasaan mesti ada kisah dan cerita menarik di belakang tabir pada setiap pembikinan drama-drama tersebut. Mereka meminta aku menulis dan berkongsi pengalaman tentang hal-hal tersebut. Menarik juga cadangan ini bila aku fikirkan. Sememangnya selama ini aku banyak menulis tentang penglibatan dan pengalaman aku dalam penggambar...

Filem Selubung tanpa CGI

AKU  pernah menjadi penolong pengarah dan pengarah seni kepada Shuhaimi Baba semasa beliau mengarahkan telefilem pertama TV3 yang baharu mula beroperasi ketika itu. Telefilem berjudul Maria diproduksikan pada 1984 dengan dibarisi oleh pelakon-pelakon Mustapha Nor (Allahyarham), Fatimah Abu Bakar, Kee Thuan Chai dan dibantu oleh peserta-peserta bengkel lakonan anjuran Finas di bawah kelolaannya. Aku mendapat peluang sekali lagi berkolaborasi dengan Shuhaimi pada 1990. Kali ini aku juga menggalas tugas penolong pengarah dan pengarah seni untuk filem sulung Shuhaimi berjudul Selubung sesudah berjaya mengarah dua filem, Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Rozana, Cinta 87 (1987). Kelihatan seperti aku ‘turun pangkat’. Kenapa aku terima tawaran penolong pengarah dan pengarah seni untuk filem sulung beliau? Aku sanggup menerima tawarannya atas rasa hormat dan menghargai sumbangan serta jasanya membantu perjalanan kerjaya seni dan filem. Aku mengenali beliau pada pertengahan 7...

Tok Guru berbicara tentang seni

SATU  perjumpaan dan sesi dialog antara penggiat seni hiburan dan karyawan seni dan sastera bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah diadakan pada 31 Oktober 2002 di rumah Seri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Perjumpaan itu adalah atas daya usaha Dinsman dan diaturkan Setiausaha Politik Tok Guru ketika itu, Anual Bakri. Dinsman yang mewakili kami memulakan dialog dengan meminta penjelasan tentang kegiatan seni dan hiburan daripada perspektif Islam. Tok Guru sendiri mengakui yang beliau bukan mahu mengambil alih tugas mufti dalam menghalal dan mengharamkan satu-satu perkara dan perbuatan. Namun kepada kami beliau merupakan tokoh yang juga punya autoriti untuk memberi penjelasan dan kefahaman tentang seni hiburan dari aspek halal haramnya dari segi Islam. Menurutnya, Islam tidak menghalang kegiatan kesenian. Beliau menjelaskan dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut dan menyatakan tentang keindahan, kecantikan dan kedamaian. Tok Guru menerangkan seni itu indah da...